Wednesday, February 15, 2012

UBAT HATI

Ubat Hati Ada 5 Perkaranya...


Yang Pertama :
Baca Quran dan Maknanya

Yang Kedua :
Solat Malam Dirikanlah

Yang Ketiga :
Berkumpullah dengan orang2 soleh

Yang Keempat :
Perbanyakkan berpuasa

Yang Kelima :
Zikir Malam Berpanjangan

Wednesday, July 27, 2011

Didiklah Sebelum Menghukum

Salam.

Di dalam hidup bermasyarakat, undang- undang diwujudkan oleh sesebuah kerajaan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan kehidupan setiap manusia di negaranya.

Dalam memastikan keberkesanan melaksanakan undang- undang, diwujudkan pula hukuman untuk dijadikan pengajaran dan pelajaran kepada mereka yang telah melakukan kesalahan, atau orang yang sedang cuba2 ingin lakukan kesalahan..

Ini adalah undang- undang yang diwujudkan oleh pemerintah sesebuah kerajaan diseluruh dunia. Dinamakan Undang- Undang Awam ataupun dalam Englishnya, Civil Law. Ini secara umum yang diketahui oleh saya.

Walaubagaimanapun, terdapat undang- undang yang diwujudkan sendiri oleh seseorang manusia bagi kepuasan dan kepentingan diri. Penghakiman yang dibuat adalah berasaskan kepada penilaian yang memihak kepada kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang yang dihakimi.

Dan sudah tentu, hukuman yang dijatuhkan adalah bagi menjatuhkan dan mengaibkan peribadi seseorang. Dan yang lebih menarik, apabila seseorang yang dihakimi dan dijatuhkan hukuman itu, akan turut dipandang hina oleh orang- orang lain.

Hebat bukan?

Kita mungkin tidak menyedarinya. Tetapi, terdapat sesetengah perbualan kita dengan rakan telah menghukum orang lain. Dan ianya samada disebarkan secara sengaja ataupun tidak sengaja.

"Ini bukan fitnah atau mengumpat. Tetapi kebenaran. Berdosa besarlah dia tu"


Itu adalah alasan yang lazim diberikan bagi mengelak daripada mendapat dosa mudah. dalam erti kata lain, bukan mengumpat, tetapi nak menyampaikan kebenaran. Kononnya...

Kenapa tidak kita berterus terang saja pada orang yang kita nak bercerita pasal perihalnya. Kenapa perlu disampaikan kepada orang lain, tidak kepada orang yang ingin diceritakan tersebut?

Apatah lagi dengan melabelkannya berdosa. Berdosa besar pula tu! Bukankah dosa pahala itu hak Allah, bukan hak kita sebagai manusia. Kita hanya perlu mengamal perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Dosa Pahala selebihnya adalah Allah yang menentukan.

Kita disuruh untuk saling berpesan- pesan kepada kebaikan dan disampaikan dengan sabar. Punya adab dan tertib dalam menegur seseorang. Kalau tidak, masakan Allah menyuruh Musa menegur Firaun dengan perkataan yang baik- baik.

Oleh itu, marilah kita bersama- sama (termasuk saya) menghayati perkara ini dengan penuh keinsafan dan ketawadukan. Moga- moga kita dilindungi daripada menjadi punca kepada rosaknya hubungan silaturahim sesama kita.

Sentiasalah memikirkan kebaikan yang orang lain buat, daripada memikirkan kebaikan yang pernah kita buat. Dan ingatlah kejahatan/ kemungkaran yang pernah kita buat, daripada mengingati kejahatan/ kemungkaran yang orang lain buat.

Wallahualam.

Thursday, March 17, 2011

Menipu dan Tertipu!

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas. Sekadar gambaran sahaja. (Please put politic aside when reading this blog)


1)  Baru ini, saya bersama rakan singgah sebentar untuk minum di sebuah restoran mamak, setelah menyiapkan beberapa kerja di luar pejabat.

2) Sedang duduk minum, kami didatangi oleh seorang lelaki gempal (tetapi berpakaian menyerupai seperti wanita. Agak tidak terurus. Berkemungkinan khunsa. Wallahualam). 

3)  Saya kenalkan lelaki ini sebagai "Khunsa" dalam tajuk perbualan di bawah.

Khunsa : Assalamualaikum bang... 
(sambil tersenyum, tetapi kelihatannya agak keresahan)

Kami      : Waalaikummussalam w.b.t 

Khunsa : Bang, boleh bagi RM1.50 tak? Nak beli nasi... Lapar la... Nak makan...         
(Sambil menunjukkan wang kertas RM1 ditangan, seakan memberitahu itu                  sahaja wang yang dimiliki)

(Kami berpandangan sesama kami untuk seketika... Salah seorang daripada kami tiba- tiba bersuara.....)

Kami A : Ermmmm...... Ok.. Pergilah amik nasi...
(Sambil memandang ke arah susunan nasi dan lauk pauk yang ada pada gerobok besi restoran mamak itu)

Khunsa : (Kebingungan..)

Kami A  : Tak pe, saya bayar nanti... Pergi lah amik nasi tu.... 
(sambung rakan saya setelah melihat Khunsa itu seperti terpinga- pinga..)

(Keadaan senyap seketika... Rakan saya memandang khunsa tersebut.... Khunsa itu kelihatan gelisah satu macam..)

Khunsa : Ermm... eh takpe lah... saya kenyang lagi ni... takpe lah ye..... (sambil berlalu pergi dengan tergesa- gesa...)

Kami      : (Berpandangan sesama kami..... tersenyum...... )


4)  Macam- macam manusia sekarang ni kan...  haishhhh..

5)  Menipu dan Tertipu.



(Gambar- gambar di atas bukan hak milik saya. credit to the pix owner)

Wednesday, December 29, 2010

Hadapi Dengan Senyuman.






Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja 











Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah




Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Song :    
Hadapi Dengan Senyuman

Artist :   
Dewa

Thursday, December 16, 2010

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Well, salam.

1. Tajuk posting kali ini rasanya telah menerangkan maksudnya yang jelas.

2. Masih belum terlambat untuk membetulkan perkara yang dianggap biasa kita lakukan.

3. Contoh :

Apabila menaiki kenderaan, kita biasanya terus menghidupkan enjin kereta. Apakata kita betulkan dengan terlebih dahulu memastikan gear betul2 berada dalam keadaan free. dan tinjau- tinjau sedikit persekitaran kita. Mana la tau ada budak kecil bermain di depan atau dibelakang kereta.

Mengapa ?

Kerana ada berlaku satu kejadian si bapa menghidupkan enjin kereta tanpa menyedari gear berada dalam keadaan aktif. Nak dijadikan cerita, dia juga tidak menyedari bahawa anaknya sedang bermain di depan kereta. Akibatnya, sejurus enjin kereta dihidupkan, melompatlah enjin kereta lalu melanggar anaknya yang berada di depan. Apa yang lebih malang, si anak mati akibat kejadian itu.


* contoh di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sekadar satu cerita untuk peringatan kita bersama.

5. Sama- sama kita fikirkan.

Wednesday, December 15, 2010

Menilai Diri



1. Kehidupan akan bermula sebaik saja kita bangun dari tidur. Dan dari situ, bermulalah rutin kehidupan kita.

2. Bagi yang bekerja, akan mempersiapkan diri untuk ke tempat kerja. Bagi yang belajar, akan mempersiapkan diri untuk ke kuliah dan sebagainya.

3. Kita akan melalui kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Samada aktiviti itu telah dijangka lebih awal atau sebaliknya, setiap orang akan melaluinya dalam keadaan yang berbeza antara satu sama lain.

4. Ada yang melaluinya dalam keadaan yang gembira, seronok, teruja dan girang. Tetapi ada juga yang melaluinya dalam keadaan yang sungguh memenatkan, membebankan, berduka cita, demoralise, sedih dan sebagainya. 2 situasi ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh orang- orang yang berada di sekeliling kita. 

5. Kita rasa gembira kerana orang disekeliling membuatkan kita rasa gembira. Kita rasa marah dan kecewa, juga kerana orang disekeliling yang membuatkan kita berasa begitu. Kononnya.

6. Bagi yang melalui kehidupan seharian dalam keadaan yang cukup mudah, senang dan gembira, kita akan balik ke rumah dengan perasaan yang sangat senang. Malah tersenyum- senyum sebelum tidur. :)

7. Tetapi bagi yang melaluinya dalam keadaan yang kurang menyenangkan, morally down, kita akan balik ke rumah dengan perasaan yang sangat menderita, kosong, blur, sedih dan sangat kecewa dengan kehidupan yang dilalui. :(


8. Di sinilah keperluannya untuk kita menilai diri kita. menilai diri kita sendiri. Menanyakan soalan kepada diri kita, mengapa ini berlaku? bagaimana ia berlaku? apakah puncanya? dan pelbagai soalan- soalan yang berkaitan dengan keadaan yang kurang menyenangkan berlaku pada kita seharian yang lalu.



9. Dan sudah tentu, kitalah juga yang harus memberikan jawapan- jawapan kepada setiap persoalan yang kita tanyakan kepada diri kita tadi. Disinilah proses menilai diri bermula. dan penting untuk kita menjawab segala persoalan yang timbul tadi, sejujur yang mungkin.

10. Menerusi proses menilai diri ini, kita akan mendapati bahawa tidak semua masalah dalam kehidupan ini adalah berpunca daripada orang lain. Kerana kadang- kadang, masalah masalah tersebut sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri. Kita yang celus dalam menjalani kehidupan seharian. Kita yang tidak berhati- hati. Kita yang tidak peka dan sebagainya.



11. Dan apabila jawapan yang kita terima kebanyakan disebabkan oleh diri kita sendiri, apakah pilihan kepada tindakan seterusnya? Bunuh diri?!! Balas Dendam?!! Bodohlah siapa yang sangat singkat pemikirannya ini sehingga memikirkan itu sahaja pilihan tindakan yang ada.

12. Kita harus menggunakan kembali soalan- soalan dan jawapan- jawapan yang kita berikan semasa proses menilai diri tadi. Jadikan jawapan- jawapan yang kita berikan, sebagai bekalan dalam menjalani kehidupan yang seterusnya. Kehidupan, mahu tidak mahu, perlu diteruskan. Lebih- lebih lagi apabila masih ada orang disekeliling yang kita sayangi. Tuhan juga sayangkan kita. Sentiasa!

13. Menilai diri bukan hanya apabila kita ditimpa masalah sahaja. Ianya harus digunakan juga apabila kita berada dalam situasi yang gembira, bagi memastikan kegembiraan kita itu berpanjangan.

14. Ambillah sedikit masa untuk menilai diri kita sendiri. Setiap hari lebih baik. Semoga ianya mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Lebih- lebih lagi disisi Tuhan. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.