Wednesday, July 27, 2011

Didiklah Sebelum Menghukum

Salam.

Di dalam hidup bermasyarakat, undang- undang diwujudkan oleh sesebuah kerajaan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan kehidupan setiap manusia di negaranya.

Dalam memastikan keberkesanan melaksanakan undang- undang, diwujudkan pula hukuman untuk dijadikan pengajaran dan pelajaran kepada mereka yang telah melakukan kesalahan, atau orang yang sedang cuba2 ingin lakukan kesalahan..

Ini adalah undang- undang yang diwujudkan oleh pemerintah sesebuah kerajaan diseluruh dunia. Dinamakan Undang- Undang Awam ataupun dalam Englishnya, Civil Law. Ini secara umum yang diketahui oleh saya.

Walaubagaimanapun, terdapat undang- undang yang diwujudkan sendiri oleh seseorang manusia bagi kepuasan dan kepentingan diri. Penghakiman yang dibuat adalah berasaskan kepada penilaian yang memihak kepada kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang yang dihakimi.

Dan sudah tentu, hukuman yang dijatuhkan adalah bagi menjatuhkan dan mengaibkan peribadi seseorang. Dan yang lebih menarik, apabila seseorang yang dihakimi dan dijatuhkan hukuman itu, akan turut dipandang hina oleh orang- orang lain.

Hebat bukan?

Kita mungkin tidak menyedarinya. Tetapi, terdapat sesetengah perbualan kita dengan rakan telah menghukum orang lain. Dan ianya samada disebarkan secara sengaja ataupun tidak sengaja.

"Ini bukan fitnah atau mengumpat. Tetapi kebenaran. Berdosa besarlah dia tu"


Itu adalah alasan yang lazim diberikan bagi mengelak daripada mendapat dosa mudah. dalam erti kata lain, bukan mengumpat, tetapi nak menyampaikan kebenaran. Kononnya...

Kenapa tidak kita berterus terang saja pada orang yang kita nak bercerita pasal perihalnya. Kenapa perlu disampaikan kepada orang lain, tidak kepada orang yang ingin diceritakan tersebut?

Apatah lagi dengan melabelkannya berdosa. Berdosa besar pula tu! Bukankah dosa pahala itu hak Allah, bukan hak kita sebagai manusia. Kita hanya perlu mengamal perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Dosa Pahala selebihnya adalah Allah yang menentukan.

Kita disuruh untuk saling berpesan- pesan kepada kebaikan dan disampaikan dengan sabar. Punya adab dan tertib dalam menegur seseorang. Kalau tidak, masakan Allah menyuruh Musa menegur Firaun dengan perkataan yang baik- baik.

Oleh itu, marilah kita bersama- sama (termasuk saya) menghayati perkara ini dengan penuh keinsafan dan ketawadukan. Moga- moga kita dilindungi daripada menjadi punca kepada rosaknya hubungan silaturahim sesama kita.

Sentiasalah memikirkan kebaikan yang orang lain buat, daripada memikirkan kebaikan yang pernah kita buat. Dan ingatlah kejahatan/ kemungkaran yang pernah kita buat, daripada mengingati kejahatan/ kemungkaran yang orang lain buat.

Wallahualam.

Thursday, March 17, 2011

Menipu dan Tertipu!

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas. Sekadar gambaran sahaja. (Please put politic aside when reading this blog)


1)  Baru ini, saya bersama rakan singgah sebentar untuk minum di sebuah restoran mamak, setelah menyiapkan beberapa kerja di luar pejabat.

2) Sedang duduk minum, kami didatangi oleh seorang lelaki gempal (tetapi berpakaian menyerupai seperti wanita. Agak tidak terurus. Berkemungkinan khunsa. Wallahualam). 

3)  Saya kenalkan lelaki ini sebagai "Khunsa" dalam tajuk perbualan di bawah.

Khunsa : Assalamualaikum bang... 
(sambil tersenyum, tetapi kelihatannya agak keresahan)

Kami      : Waalaikummussalam w.b.t 

Khunsa : Bang, boleh bagi RM1.50 tak? Nak beli nasi... Lapar la... Nak makan...         
(Sambil menunjukkan wang kertas RM1 ditangan, seakan memberitahu itu                  sahaja wang yang dimiliki)

(Kami berpandangan sesama kami untuk seketika... Salah seorang daripada kami tiba- tiba bersuara.....)

Kami A : Ermmmm...... Ok.. Pergilah amik nasi...
(Sambil memandang ke arah susunan nasi dan lauk pauk yang ada pada gerobok besi restoran mamak itu)

Khunsa : (Kebingungan..)

Kami A  : Tak pe, saya bayar nanti... Pergi lah amik nasi tu.... 
(sambung rakan saya setelah melihat Khunsa itu seperti terpinga- pinga..)

(Keadaan senyap seketika... Rakan saya memandang khunsa tersebut.... Khunsa itu kelihatan gelisah satu macam..)

Khunsa : Ermm... eh takpe lah... saya kenyang lagi ni... takpe lah ye..... (sambil berlalu pergi dengan tergesa- gesa...)

Kami      : (Berpandangan sesama kami..... tersenyum...... )


4)  Macam- macam manusia sekarang ni kan...  haishhhh..

5)  Menipu dan Tertipu.



(Gambar- gambar di atas bukan hak milik saya. credit to the pix owner)